Thursday, June 26, 2008


Anggota polis akui pakai serban merupakan ciri-ciri lebai


KOTA BHARU, 25 Jun (Hrkh) � Seorang anggota polis mengakui seseorang yang memakai serban ketika menunggang motosikal termasuk dalam ciri-ciri lebai seperti ditafsirkan dalam Kamus Dewan.



Lans Kopral Che Sidek Omar Mat Hassan ketika menjawab soalan peguam tertuduh bersetuju memakai serban merupakan ciri-ciri lebai seperti yang disebut dalam kamus tersebut.



Beliau memberi keterangan tersebut dalam perbicaraan seorang pelajar Pondok Pasir Tumbuh, Ahmad Nasir Darus, 27 yang disaman ketika menunggang motosikal dengan memakai serban tanpa menggunakan topi keledar.



Pada perbicaraan sebelum ini tertuduh mengaku tidak bersalah. Perbicaraan itu diadakan di hadapan Majistret Tengku Amalin Aisyah Puteri Sultan Ismail Petra di Mahkamah Majistret di sini semalam.



Tertuduh dibela peguam Ahmad Rizal Effende Zainol, manakala pendakwaan pula dikendalikan pegawai pendakwa, Cif Inspektor Mohd Yusri Mamat.



Tertuduh didakwa melakukan kesalahan tersebut pada 20 September tahun lalu di Jalan Pasir Tumboh, dekat sini kira-kira jam 6.30 petang.



Che Sidek berkata, saman dikeluarkan terhadap pelajar terbabit atas arahan pegawainya kerana pada masa kejadian tertuduh didapati menunggang motosikal tanpa memakai topi keledar sebaliknya memakai serban.



Peguam bela sebelum itu mengemukakan kepada mahkamah dokumen Kaedah-Kaedah Pengangkutan Jalan Motosikal (topi keledar) 1973 yang merujuk kepada pihak yang dibenarkan untuk tidak memakai topi keledar.



Ahmad Rizal membaca dokumen pengecualian tersebut di mana kata beliau kefahamannya istilah haji, hajah, lebai dan Sikh tergolong dalam pengecualian itu.



�Che Sidek sebagai seorang pengendali undang-undang seharusnya memahami undang-undang terlebih dahulu sebelum bertindak kepada orang lain,� katanya.



Saksi terbabit bagaimanapun tidak bersetuju dengan dakwaan itu dan tetap menyatakan hanya haji, hajah, lebai dan Sikh sahaja yang dikecualikan tidak memakai topi keledar.



Ekoran itu pihak peguam mengemukakan maksud lebai seperti yang terkandung dalam Kamus Dewan dan Kamus Pelajar dan meminta saksi membacanya.



Saksi kemudian membacanya seperti terkandung dalam kamus itu di mana katanya, lebai bermaksud orang yang tahu tentang agama, bibirnya bergerak-gerak bagai membilang tasbih dan orang yang mengerjakan sesuatu yang bersangkutan dengan agama Islam.



Pada peringkat awal prosiding peguam meminta saksi mengucap dua kalimah syahadah serta menjelaskan maksudnya sebagai membuktikan statusnya beragama Islam.



Tertuduh disaman di bawah Seksyen 119(2) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333/87) dibaca bersama Seksyen 128(1) akta yang sama.



Jika disabit kesalahan boleh dikenakan denda tidak lebih RM2,000 atau penjara tidak lebih enam bulan.



Kes tersebut akan disambung bicara pada 21 Julai depan, manakala 4 dan 18 Ogos pula hujah balas. Keputusannya akan dibuat pada 15 September depan.



Sementara itu, lebih 200 pelajar pondok mengiringi Ahmad Nasir sebagai sokongan moral terhadap perjuangannya menuntut hak dan kebenaran

Saturday, March 8, 2008

SENTUHAN PERTAMA

hati aku mengerakkan jari aku supaya memberi SENTUHAN PERTAMA ..........

dengan SENTUHAN PERTAMA inilah yang akan merubah sgalanya..... .

dengan SENTUHAN PERTAMA inilah bermula nya langkah pertama..............

dengan SENTUHAN PERTAMA ini akn merobek diriku kearah syurga..........

dengan SENTUHAN PERTAMA ini akan kubawa kemuka keadlan nnt...........

dengan SENTUHAN PERTAMA akn membuktikan sgl nya yg tersirat atau tersurat......

dengan SENTUHAN PERTAMA akan memutihkan segalA kehitaman ...........

dengan SENTUHAN PERTAMA ini akan membawa kiter dunia sbnar hari ini.......

dengan SENTUHAN PERTAMA memberi pandangan pada masa depan ...........

dengan SENTUHAN PERTAMA menjalinkan ukhuwwah yang padu........

SOALNYA..?????????....SOALNYA

BILAKAH AKU AKAN MEMULAKAN SENTUHAN PERTAMA KITER

FIKIRKANLAHHHHHHHHHHHHH